There are no products in your shopping cart.
| 0 Items | RM 0.00 |
MENGENAI KAMI
Syarikat ini adalah lanjutan daripada Decimal Advertising Sdn Bhd. Pengambilalihan ini adalah bertujuan untuk meletakkan Pelima Media di bawah satu entiti yang sama iaitu PELIMA. Hasilnya, lahirlah PMSB dengan jumlah modal berbayar sebanyak RM 100,000.00
Dengan tujuh orang tenaga yang berpengalaman, dibantu dengan studio yang dilengkapi komputer, membolehkan PMSB bekerja dengan cepat dan berkesan. Sebagai sebuah firma penerbitan, rekabentuk & perhubungan, PMSB mencerna dan menggabungkan strategi kreatif bersama pengurusan terhadap proses pengeluaran - yakni merancang konsep rekabentuk awal hingga kepada proses akhir pengeluaran. Keutamaan kami: Produk bermutu, tepat dari segi konsep dan strategi, tepat pada masanya dan pada belanjawan yang bersesuaian.
Misi Syarikat
Menyampaikan mesej Islam melalui pelbagai media dalam rangka menyulam kembali Nilai dan Memperkasa Tradisi Hidup Para Salafussoleh ke dalam masyarakat dengan :
• Mengoptimumkan pengunaan sumber kehidupan untuk membentuk nilai diri terbaik pada pandangan Allah SWT.
• Memperkasa diri insani dengan kemantapan sikap dan kemahiran diri yang tinggi dalam agenda membina kebaikan dan kemajuan
hidup bermasyarakat di dunia.
Dasar Editorial
Demi menjaga kesahihan ilmu dan kemurnian amal, keutuhan kefahaman dan kesejahteraan akhlak Islami, Syarikat menetapkan dasar editorial kepada sumber ilmu yang jelas dan benar, berpaksikan kepada pegangan majoriti umat Islam iaitu dengan Mazhab Tauhid aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah, Feqah Mazhab Syafie (bermazhab) dan Tasauf Imam Al Ghazali (yang sealiran dengannya).
PERKHIDMATAN KAMI